Program Ceramah Advokasi Bersama Ketua Kampung & Penduduk Kampung Melugu

21 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 20 April 2019, Pusat Internet Melugu telah mengadakan program ceramah advokasi bersama ketua kampung dan penduduk Kampung Melugu di bawah pimpinan TR Mail anak Daling dari kawasan Kubau Dor. Program ini diadakan bertujuan untuk mendidik penduduk kampung dengan advokasi dan memperkenalkan kelas/program yang diadakan di PI Melugu.

Para peserta telah didedahkan dengan isu-isu semasa berkaitan dengan teknologi dan komunikasi pada masa kini seperti Check your label, Online Grooming, Panggilan Palsu dan sebenarnya.com. Mereka diingatkan untuk berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian (online) untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan sindiket dalam talian. Mereka turut diajar cara untuk memeriksa kesahihan sesebuah peranti elektronik melalui segmen Check Your Label.

Mereka turut diajar langkah-langkah memuatnaik aplikasi sebenarnya.com dan cara menyemak dengan betul menggunakan telefon. Program ini turut memperkenal dan memperjelas tentang e-Kelas iaitu inisiatif pembelajaran secara digital selepas waktu persekolahan yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi akademik dalam kalangan pelajar dan memperkenalkan kelas keusahawanan iaitu Kelas Kemahiran Jahitan yang diadakan di PI Melugu kepada ketua kampung dan para ibubapa yang hadir.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali